Tuesday, March 5, 2013

Rengkas Perkembangan Perang di Sabah – Mohd Sayuti Omar



5 MAC – Sehingga kini pihak berkuasa Malaysia masih belum mengumumkan hasil serangan ke atas penceroboh yang bermukim di kampung Tanduo Lahad Datu pagi tadi. Apa yang dimaklumkan operasi penghapusan itu tidak mendatangkan apa-apa kecederaan atau kematian di pihak Malaysia.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Hishmuddin Hussein yang mengadakan sidang akhbar bersama dengan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi di Felda Sahabat, Lahad Datu lewat tengah hari tadi. Hishmuddin dan Zahid menjelaskan banyak pihak penceroboh yang terkorban.
Menurut Zahid, Ketua Polis Negara akan membuat pengumuman berhubung perkara itu.
Dalam perkembangan lain Zahid Hamidi juga dipetik sebagai menafikan laporan mengatakan pihak bersenjata MNLF – askar pembebasan Moro juga akan ikut sama membantu penceroboh. Katanya tidak ada maklumat diterima mengenai perkara itu dan ia disifatkan sebagai laporan tidak berasas.
Laporan kononnya tentera MNLF akan bersama penceroboh itu dipetik oleh media dari portoal berita luar negara yang melaporkan kenyataan seorang kerabat di raja Sulu.
Dalam satu lagi perkembangan pihak Kesultanan Sulu telah menafikan penglibatan pihak pembangkang dalam pencerobohan itu. Seorang keluarga di Raja Sulu dalam satu kenyataan menjelaskan perkara itu. Sebelum ini media massa PB begitu 'gelenyer' cuba mengaitkan pencerobohan itu dengan pihak pembangkang termasuk Anwar Ibrahim.
Ada juga maklumat-maklumat liar mengatakan operasi yang bermula jam 7:00 pagi di samping berjaya melumpuhkan penceroboh ia juga turut sama menimpa orang awam. Bagaimana pun maklumat ini tidak disahkan oleh mana-mana pihak setakat ini. Manakala di pihak penceroboh dilaporkan mereka tidak akan berganjak dan sedia untuk mati.
Dipercaya lewat petang ini atau malam ini pihak berkuasa akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini dan juga perkembangan operasi berkenaan. Kemungkinan kalau masih berlaku kerumitan dan kekeliruan kenyataan penuh akan dibuat esok.
Sementara itu di Kok Lanas Kelantan malam ini PAS Kelantan mengadakan solat hajat khas mendoakan kesejahtraan dan keselamatan negara. Solat hajat itu dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS Kelantan. Orang ramai yang ingin menyertai solat berkenaan dipesan agar membawa sejadah dan peralatan sembahyang sendiri.
Terlupa, di Manila pagi tadi dilaporkan kira-kira 100 warga Filipina beragama Islam dan Kristian telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Malaysia. Dalam tunjuk perasaan itu juga para penunjuk perasaan telah membakar gambar presiden Filipina Aquino dan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak. Gara-gara itu kedutaan Malaysia ditutup.
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow Twitter

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls